Mukaddimah


Niat itu lintasan hati yang ditempatkan pada puncak segala amalan yang tertinggi.Apa bukti?Hadis pertama dalam dua kitab besar;Soheh Bukhari dan Matan Arbain (Hadis 40) Imam Nawawi.Maka sebelum diteruskan bacaan pada entri-entri yang bakal menyusul dalam blog ini,baca dulu nukilan dari ‘Abdi.Moga bila dibaca dapat terus difahami yang WhiteCoat misinya tidak lain tidak bukan adalah berpasakkan niat mahu memberi inspirasi dan menundukkan hati.

Dengan Nama Ilahi..

----------------------------------------------------------

Manusia suka rasa bangga bila berjaya dan dikenali.Tidak kira di dunia maya atau realiti.Masing-masing punya misi.Terlalu ramai yang punya misi ‘kosong’ dan hanya mahu saja-saja bangga diri.Ramai yang jadikan modus operandi kepentingan peribadi.Tidak ramai yang benar-benar bermisi mahu memberi inspirasi.Selalu ada ‘udang di sebalik mi’.
Bangun pagi,bukan dikira betapa banyaknya nikmat yang Allah beri tetapi dikira berapa ramai ‘follower’ baru dan berapa ‘like’ yang diperolehi.Pameran kekayaan,cara hidup dan kecantikan diri antara formulasi.Formulasi untuk meraih ramai ‘pengikut “kipas susah mati”’.Tidak lupa juga ‘teknik mengenali orang yang sudah popular’ untuk ‘dijangkiti’.Hidup terbuai dengan pujian hingga ‘lupa diri’.Hidup terkesan dengan kejian hingga tak dapat ‘berfungsi’.Kami mahu lari dari populariti yang membutakan mata hati.WAllahi.Biarlah hidup sederhana,tak kaya mana tetapi sering rasa cukup dan tidak lokek untuk memberi pada yang perlu kerana itu lebih mendamaikan hati.
Rasa hebat itu amat bahaya.Rasa lebih daripada yang lain itu membunuh rasa hamba.Maka ingatkan kami jika kalian lihat kami ini ‘gila populariti’.Ingatkan kami jika niat kami dalam memberi inspirasi sudah ‘lari’.Ingatkan kami dengan cara yang Islam ajari.InshaaAllah selagi ada nyawa dan masih bernadi,kami akan terus berkongsi.

Kami takut bila nanti Allah tanya apa manfaatnya menulis buku ini dan punya ramai ‘follower’ tetapi yang dikongsi dengan semua bukan cerita kebaikan tetapi sebaliknya,kami tidak mampu berkata apa-apa kerana setiap pancaindera kami yang akan menjawab semua.Apa yang terjadi & ke mana destinasi kami selepas itu tak perlu dijangka,kerana selain syurga,hanya ada 1 pilihan lain yang nyata.

“Niat itu seperti surat.Salah alamat,salah sampai tempat”

 
Dari Hati,
WhiteCoat

0 comments

  • There are no comments yet. Be the first one to post a comment on this article!

Leave a comment

Please note, comments must be approved before they are published