365


RM 30.00

***MPH Overall Top 5 Bestseller of 2015***

 

Hari-hari adalah hari baru selagi degup jantungmu masih berlagu. Hari-hari adalah hari koreksi kesilapan lalu. Biar di penghujung hari sebelum lena semalam kiraanmu mencecah sejuta satu, hari ini kamu mengira semula bermula dari satu. Selagi ada nyawa, selagi itu ada putaran U pada tiap salah laku.


Ada apa sebenarnya dengan 365?

Ada jawapan bagi gundah gulana, putus asa dan segala rasa yang mendera jiwa. Bilangan hari dalam tahun-tahun biasa sebelum diselangi satu tahun lompat di antara, itu yang zahirnya.

Yang batinnya?

“Dan (ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka cukuplah Allah baginya
(untuk menolong dan menyelamatkannya)”

Ayat 3, Surah 65.

 

Penulis:

Dr.Anwar Fazal